Friday, August 24, 2012

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 2012M/1433H YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI DAN JEMAAH MENTERI NEGERI SABAH(20 OGOS 2012)

Bersempena dengan perayaan Hari Raya, seperti tahun-tahun sebelum ini Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya sekali lagi dijemput untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Jemaah Menteri Negeri Sabah pada hari raya kedua, jam 10.30 pagi bertempat di Zon 3, Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Majlis ini turut dihadiri oleh instistusi kebajikan yang lain dibawah kerajaan dan NGO. Persembahan daripada artis tempatan Abu Bakar Ella turut memeriahkan majlis ini. Ketua Menteri juga turut menyampaikan sumbangan pada majlis tersebut.