Pada 12 Disember 2009, bertempat di Borneo Paradise Kinarut telah diadakan Karnival Orang Kurang Upaya sempena Hari Orang Kurang Upaya negeri Sabah 2009. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Dun Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah. Karnival ini dihadiri oleh pelbagai institusi dan persatuan NGO Orang Kurang Upaya(OKU) dari seluruh Sabah. Pelbagai acara menarik telah disediakan khas buat OKU pada hari tersebut seperti acara sukaneka, pertandingan memanggang(barbecue), dan pertandingan karaoke. Pameran hasil kerja tangan OKU dan informasi berkenaan institusi dan persatuan NGO OKU turut diadakan.
Thursday, December 17, 2009
Friday, December 11, 2009
KELAS KOMPUTER
Di KPOKU kursus komputer merupakan salah satu kursus vokasional yang ditawarkan kepada pelatih KPOKU selain daripada kursus jahitan, pendawaian elektrik, perabot rotan, perabot kayu dan kimpalan. Kelas komputer sama seperti kelas-kelas lain diadakan setiap hari isnin hingga jumaat, jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari, kecuali jumaat sehingga jam 12.00 tengahari sahaja.
Subjek yang dipelajari oleh pelatih di dalam kelas komputer adalah seperti berikut;
Semester 1
- Pengenalan kepada Komputer
- Microsoft Word
Semester 2
- Pengenalan Kepada Internet
- Microsoft Excel
Semester 3
- Microsoft Power Point
- Microsoft Publisher
Manakala disebelah petang jam 2.00 petang sehingga jam 4.00 petang, pada setiap hari isnin, rabu dan jumaat, kelas dibuka kepada pelatih bukan kelas komputer bagi tujuan melayari internet. Manakala pada hari selasa dan khamis, kelas komputer bagi pelatih Kelas Pendawaian Letrik diadakan bagi latihan melukis litar letrik menggunakan komputer.
Monday, December 7, 2009
SUKANEKA DAN MAJLIS PERPISAHAN PELATIH 2009
Bersempena dengan cuti pelatih pada hujung tahun 2009, KPOKU telah mengadakan program Sukaneka disebelah pagi dan Majlis Pepisahan Pelatih disebelah malam pada 30 November 2009, khas buat pelatih sebelum mereka balik bercuti di kampung masing-masing.
Program sukaneka bermula seawal jam 7.00 pagi dimulakan dengan acara senaman pagi. Seterusnya acara silaturahim: tunang, kahwin, cerai, diikuti dengan pelbagai acara sukaneka seperti pertandingan meniup belon sampai pecah, pertandingan mengisi air dalam botol, pertandingan membawa bola ping pong dengan sudu, pertandingan makan pisang dan pertandingan boling kelapa.
Kemuncak kepada program sukaneka ini adalah pertandingan bola sepak perempuan: kakitangan vs pelatih, dan pertandingan bolasepak beragam lelaki(fancy football match).
Gambar sepanjang Sukaneka berlangsung
Senaman Pagi
Pertandingan Meniup Belon Sampai Pecah
Pertandingan Isi Air Dalam Botol
Pertandingan Bawa Bola Ping-pong dengan Sudu
Pertandingan Boling Kelapa
Pertandingan Makan Pisang
Team Bola Sepak Wanita(Kakitangan)
Team Bola Sepak Wanita(Pelatih)
Pertandingan Bola Sepak Wanita(Kakitangan vs Pelatih)
Majlis Perpisahan pelatih bermula pada jam 7.00 malam bertempat di dewan serbaguna KPOKU. Majlis bermula dengan makan malam bersama, diikuti dengan pertandingan pakaian beragam dan pertandingan menyanyi yang disertai oleh pelatih, kakitangan dan keluarga kakitangan. Turut memeriahkan majlis adalah wakil dari Pengarah JPKA Puan Sitiameh Ruman, bekas kakitangan KPOKU En. Morris dan keluarga, serta keluarga pelatih. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam. Pelatih akan mula bercuti dan akan kembali pada januari tahun depan. Selamat Bercuti!
Gambar sepanjang Majlis Perpisahan Pelatih berlangsung
Kegembiraan terserlah di wajah pelatih
Subscribe to:
Posts (Atom)