Thursday, September 24, 2009

AKTIVITI - AKTIVITI KPOKU SEPANJANG TAHUN 2009

Aktiviti Sukan


Aktiviti sukan merupakan aktiviti harian pelatih di KPOKU pada sebelah petang. Pelatih-pelatih digalakkan bersukan di mana mereka diberi jadual untuk main bola, badminton serta lain-lain aktiviti seperti berkebun ‘edible garden’ dan menanam bunga.




Edible Garden

Lawatan sambil belajar ke JPSM


Selain daripada itu aktiviti lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang sesuai seperti lawatan ke JPSM, Papar dan PUSPA( Pusat Serenti, Papar) juga dibuat yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pembelajaran kepada golongan kurang upaya.


Lawatan ke PUSPA












Lawatan Pelatih PLKN












Lawatan Peserta Unduk Ngadau Papar 2009












Pesta Kaamatan KPOKU 2009












Pameran Keluarga Bahagia











Lawatan Masterskill











Lawatan BAKISA




JENIS - JENIS PERKHIDMATAN DI KPOKU

KPOKU mempunyai 2 jenis perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya(OKU) iaitu:
  1. Pusat Khidmat Kanak-Kanak Kurang Upaya Akal(Bermasalah dalam pembelajaran) - RC3
  2. Bahagian Latihan Vokasional Orang Kurang Upaya - RC4
1. Pusat Khidmat Kanak-Kanak Kurang Upaya Akal(Bermasalah dalam pembelajaran) - RC3


  • Objektif dan Matlamat
    Menyediakan latihan kepada kanak-kanak kurang upaya akal yang bermasalah dalam pembelajaran dan tidak mendapat peluang belajar di sekolah biasa. Mereka akan dilatih dengan kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan bakat bagi membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
  • Kumpulan Sasarani) Kurang upaya intelek (ID)
    ii) Cerebral Palsy
    iii) Down Syndrome
    iv) Lewat perkembangan dari segi fizikal mental dan lain-lain
    v) Kanak-kanak kurang upaya yang berumur dari 7 tahun hingga 14 tahun
  • Latihan - latihan yang disediakan
    i) Pelajaran asas akademik
    ii) Kemahiran hidup
    iii) Kemahiran sosial
    iv) Perkembangan emosi
    v) Kemahiran jari dan tangan
    vi) Aktiviti seni dan muzik
    vii) Pendidikan jasmani dan rekreasi
2. Bahagian Latihan Vokasional Orang Kurang Upaya - RC4


  • Objektif dan Matlamat
    Menyediakan latihan vokasional dan pemulihan kepada OKU dalam bidang yang diminati oleh mereka bersesuaian dengan kebolehan dan limitasi mereka. Ianya bertujuan untuk melahirkan golongan OKU yang boleh berdikari dan hidup seperti orang normal.

  • Kumpulan Sasaran
    i) Kurang upaya pendengaran dan pertuturan.
    ii) Kurang upaya anggota.
    iii) Kurang upaya intelek.
    iv) OKU yang berumur 15-35 tahun dan masih bujang.
    v) Tidak mempunyai penyakit berjangkit.
    vi) Tidak pernah terlibat dalam masalah undang – undang.
  • Latihan - latihan disediakani) Jahitan
    ii) Pendawaian eletrik
    iii) Pertukangan kayu
    iv) Kimpalan
    v) Rotan
    vi) Komputer

Wednesday, September 23, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Kami warga KPOKU Kimanis mengucapkan 'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin' buat semua.



Majlis Rumah Terbuka Hari Raya KPOKU Kimanis (13 Oktober 2009)











































Majlis Lambai Limbai Raya Bersama SESB (29 September 2009)












Thursday, September 17, 2009

KPOKU KIMANIS


Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya atau singkatannya KPOKU terletak di km 36, Jalan Papar-Beaufort, Kimanis, Papar. Dibina dengan keluasan tanah 12 ekar dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada 01/01/2006. KPOKU sebelum ini terletak di km 13.5, Jalan Tuaran Lama, Inanam. Dibina pada tahun 1975 dengan keluasan tanah 5 ekar.