Kumpulan Sasaran
Monday, December 7, 2009
OBJEKTIF PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI
Kumpulan Sasaran
LATAR BELAKANG PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Hjh Azizah bt. Datuk Seri Panglima Mohd Dun iaitu Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna. Pelancaran makmal komputer di KPOKU Kimanis adalah sebagai menyahut seruan tema sambutan hari telekomunikasi dan masyarakat bermaklumat sedunia 2008 iaitu, "Menghubungkan Orang Kurang Upaya: Peluang ICT untuk Semua" atau "Connecting Persons with Disabilities: ICT Opportunities for All".
Makmal komputer di KPOKU dilengkapi dengan 12 buah komputer(PC), 1 buah laptop, wireless adapter, 2 pencetak dan 1 pengimbas, sumbangan (inisiatif) daripada SKMM, TM dan Umobile. Manakala akses kepada perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar atas gentian optik fiber dengan kelajuan sehingga 2 MBps, disumbangkan oleh Celcom Timur Sabah Sdn Bhd dan modem HSDPA disumbangkan oleh Celcom (M) Bhd.
Thursday, September 24, 2009
AKTIVITI - AKTIVITI KPOKU SEPANJANG TAHUN 2009

Aktiviti sukan merupakan aktiviti harian pelatih di KPOKU pada sebelah petang. Pelatih-pelatih digalakkan bersukan di mana mereka diberi jadual untuk main bola, badminton serta lain-lain aktiviti seperti berkebun ‘edible garden’ dan menanam bunga.


Selain daripada itu aktiviti lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang sesuai seperti lawatan ke JPSM, Papar dan PUSPA( Pusat Serenti, Papar) juga dibuat yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pembelajaran kepada golongan kurang upaya.
Lawatan ke PUSPA

Lawatan Peserta Unduk Ngadau Papar 2009

Pesta Kaamatan KPOKU 2009
Pameran Keluarga Bahagia

Lawatan Masterskill

Lawatan BAKISA

JENIS - JENIS PERKHIDMATAN DI KPOKU
- Pusat Khidmat Kanak-Kanak Kurang Upaya Akal(Bermasalah dalam pembelajaran) - RC3
- Bahagian Latihan Vokasional Orang Kurang Upaya - RC4

- Objektif dan Matlamat
Menyediakan latihan kepada kanak-kanak kurang upaya akal yang bermasalah dalam pembelajaran dan tidak mendapat peluang belajar di sekolah biasa. Mereka akan dilatih dengan kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan bakat bagi membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
- Kumpulan Sasarani) Kurang upaya intelek (ID)
ii) Cerebral Palsy
iii) Down Syndrome
iv) Lewat perkembangan dari segi fizikal mental dan lain-lain
v) Kanak-kanak kurang upaya yang berumur dari 7 tahun hingga 14 tahun
- Latihan - latihan yang disediakan
i) Pelajaran asas akademik
ii) Kemahiran hidup
iii) Kemahiran sosial
iv) Perkembangan emosi
v) Kemahiran jari dan tangan
vi) Aktiviti seni dan muzik
vii) Pendidikan jasmani dan rekreasi

- Objektif dan Matlamat
Menyediakan latihan vokasional dan pemulihan kepada OKU dalam bidang yang diminati oleh mereka bersesuaian dengan kebolehan dan limitasi mereka. Ianya bertujuan untuk melahirkan golongan OKU yang boleh berdikari dan hidup seperti orang normal. - Kumpulan Sasaran
i) Kurang upaya pendengaran dan pertuturan.
ii) Kurang upaya anggota.
iii) Kurang upaya intelek.
iv) OKU yang berumur 15-35 tahun dan masih bujang.
v) Tidak mempunyai penyakit berjangkit.
vi) Tidak pernah terlibat dalam masalah undang – undang.
- Latihan - latihan disediakani) Jahitan
ii) Pendawaian eletrik
iii) Pertukangan kayu
iv) Kimpalan
v) Rotan
vi) Komputer
Wednesday, September 23, 2009
SELAMAT HARI RAYA
Thursday, September 17, 2009
KPOKU KIMANIS

Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya atau singkatannya KPOKU terletak di km 36, Jalan Papar-Beaufort, Kimanis, Papar. Dibina dengan keluasan tanah 12 ekar dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada 01/01/2006. KPOKU sebelum ini terletak di km 13.5, Jalan Tuaran Lama, Inanam. Dibina pada tahun 1975 dengan keluasan tanah 5 ekar.