Monday, December 7, 2009

LATAR BELAKANG PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI

Pada tanggal 23 Jun 2008, Perasmian Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia 2008 Peringkat Negeri Sabah dan seterusnya Pelancaran Makmal Komputer telah diadakan di Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya(KPOKU) Kimanis. Pusat Jalurlebar Komuniti(PJK) ini merupakan projek usahasama di antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM), Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri(JPKN) Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah, Celcom dan Celcom Timur.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Hjh Azizah bt. Datuk Seri Panglima Mohd Dun iaitu Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna. Pelancaran makmal komputer di KPOKU Kimanis adalah sebagai menyahut seruan tema sambutan hari telekomunikasi dan masyarakat bermaklumat sedunia 2008 iaitu, "Menghubungkan Orang Kurang Upaya: Peluang ICT untuk Semua" atau "Connecting Persons with Disabilities: ICT Opportunities for All".

Makmal komputer di KPOKU dilengkapi dengan 12 buah komputer(PC), 1 buah laptop, wireless adapter, 2 pencetak dan 1 pengimbas, sumbangan (inisiatif) daripada SKMM, TM dan Umobile. Manakala akses kepada perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar atas gentian optik fiber dengan kelajuan sehingga 2 MBps, disumbangkan oleh Celcom Timur Sabah Sdn Bhd dan modem HSDPA disumbangkan oleh Celcom (M) Bhd.

3 comments:

  1. hai..sy nk tny cmane nk daftar masuk sini..
    apa syarat2 dia?

    ReplyDelete
  2. OKU yang ingin memohon masuk ke KPOKU ini mestilah memohon melalui Pejabat Kebajikan Bahagian/Daerah yang terdapat di seluruh Negeri Sabah.

    Bagi Pelatih RC3 mestilah berumur 7-14 tahun, dan Pelatih RC4 mestilah berumur 15-35 tahun & masih bujang.

    Pemohon-pemohon OKU mestilah warganegara Malaysia iaitu pemastautin tetap di negeri Sabah.

    ReplyDelete
  3. Hai. Boleh sy tahu misi dan visi penubuhan KPOKU serta sejarah penubuhan KPOKU

    ReplyDelete